Monday, 27 February 2012

Kad kredit kena "block", kes parah

Baru-baru ini pelanggan ada menghubungi meminta bantuan dan nasihat untuk menyelesaikan hutang. Seorang berhutang (A) rm50k, manakala seorang lagi (B) rm35k. Kedua duanya menghadapi dilema yang sama iaitu sudah sampai pada tahap bank telah melantik pihak ketiga untuk mengutip hutang mereka. Si A bernasib baik kerana pihak ketiga hanya mengganggu dengan menghubunginya setiap hari (sehingga berasa tidak selesa), tetapi lain pula kesnya dengan B, pihak bank telah menghantar wakil kutip hutang sehingga ke rumah. Dalam kes seperti di atas, pihak E Save Marketing tidak dapat membantu untuk kes kad kredit yang telah "permanent block" tetapi insya Allah boleh usaha pada status kad yang "temporary block".


Jangan sampai diri anda terjadi seperti si A dan B, sehingga membawa malu kepada keluarga dan jiran tetangga. Hapuskan hutang riba kad kredit secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment