Thursday, 15 March 2012

Kad kredit dari segi definasi dan kelemahan

Kad kredit atau kad hutang ialah satu kemudahan yg diberikan oleh bank kepada penggunanya, dalam erti kata lain kita pinjam duit bank untuk kegunaan kita.. bank akan kenakan 18% interest untuk setahun ke atas jumlah yg kita gunakan.. pengguna dibenar membayar nilai minimum dari kad kredit iaitu 5% dari outstanding setiap bulan.

Contoh :
Kad limit : Rm10000 ( bank yang akan tawarkan limit - biasa bergantung kepada gaji )

Outstanding : Rm8000 (jumlah yg telah digunakan oleh pengguna)

Available balance : Rm2000 (jumlah yg boleh digunakan)

Bayaran bulanan : 5% dari Rm8000 = Rm400 sebulan.
Rm8000 - Rm400 = Rm7600 akan di kenakan 18% interest setahun atau 1.5% sebulan. Rm7600 x 1.5% = Rm114 interest sebulan. Kalau setiap bulan hanya bayar minimum payment, ia akan mengambil masa yg lama untuk selesaikan hutang kad kredit.. jika bayar minimum payment dan gunakan semula kad - hutang kad tak akan habis2 kerana kita hanya membayar interest sahaja..

No comments:

Post a Comment